Kata pemeri ‘ialah’
dan ‘adalah’
Kata pemeri ialah hendaklah diikuti oleh kata nama,
frasa nama atau kata komplemen.
Ayat contoh:
1.
Pengetua sekolah saya yang baharu ialah Tuan Hj. Rashid bin Sulaiman.
Selain itu, kata pemeri ialah
boleh diikuti oleh kata yang berfungsi sebagai kata nama.
Ayat contoh :
2.
Kegemaran saya pada waktu lapang ialah membaca buku cerita.
Kata pemeri adalah
hendaklah diikuti oleh kata
adjektif atau kata sendi nama.
Ayat contoh:
3.
Kenyataan yang dikemukakan oleh kedua-dua orang saksi
dalam kes itu adalah benar.
4.
Tarikh perkahwinan kakak saya adalah
pada 7 julai 2007.
5.
Kursus ini adalah untuk
guru-guru yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa inggeris.
Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh kata
kerja.
Ayat contoh:
6(a). Adalah
dimaklumkan bahawa mesyuarat itu dibatalkan.
7(a). Permohonanya adalah
bergantung pada keputusan ahli majlis.
Ayat yang betul ialah:
6(b). Dimaklumkan bahawa mesyuarat itu dibatalkan.
7(b). Permohonanya adalah bergantung pada keputusan
ahli majlis.
No comments:
Post a Comment