Tuesday 25 June 2013

MODUL LESTARI UPSR BAHASA MELAYU PENULISAN (HALUS) SK -DAERAH BESUT


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Modul Lestari UPSR Bahasa Melayu Penulisan yang dihasilkan oleh panel UPSR Daerah Besut ini, bolehlah terus berhubung dengan Guru Besar SK Seri Payong, Tuan Haji Saidi bin Jusoh di talian 012-9618630. Semoga Berjaya!!!

Thursday 4 April 2013

PANDUAN INSTALL E-KAMUS

DOWNLOAD HERE

14 KAMUS DALAM 1



Malay-English     Kamus Dewan Edisi Ke-4    Dictionary of Computer
English (Peter Collin)    English-Malay (TIMES)   Istilah Matematik DBP
English-Malay DBP  Istilah Kejuruteraan   Istilah Komputer
Malaiy-English     Dictonari  of Medicine     English of Oxford
Islilah Sains  

NOTA : sekiranya menhadapi masalah dalam penggunaan e-kamus ini, sila tinggalkan pesanan anda di halaman fb saya... 

Thursday 28 February 2013

Tatabahasa - Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’


Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’
Kata pemeri ialah hendaklah diikuti oleh kata nama, frasa nama atau kata komplemen.
Ayat contoh:
1.     Pengetua sekolah saya yang baharu ialah Tuan Hj. Rashid bin Sulaiman.
Selain itu, kata pemeri ialah boleh diikuti oleh kata yang berfungsi sebagai kata nama.
Ayat contoh :
2.    Kegemaran saya pada waktu lapang ialah membaca buku cerita.

Kata pemeri adalah hendaklah diikuti oleh kata adjektif atau kata sendi nama.
Ayat contoh:
3.    Kenyataan yang dikemukakan oleh kedua-dua orang saksi dalam kes itu adalah benar.
4.    Tarikh perkahwinan kakak saya adalah pada 7 julai 2007.
5.    Kursus ini adalah untuk guru-guru yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa inggeris.
Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh kata kerja.
Ayat contoh:
6(a). Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat itu dibatalkan.
7(a). Permohonanya adalah bergantung pada keputusan ahli majlis.

Ayat yang betul ialah:
6(b). Dimaklumkan bahawa mesyuarat itu dibatalkan.
7(b). Permohonanya adalah bergantung pada keputusan ahli majlis.