Thursday 28 February 2013

Tatabahasa - Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’


Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’
Kata pemeri ialah hendaklah diikuti oleh kata nama, frasa nama atau kata komplemen.
Ayat contoh:
1.     Pengetua sekolah saya yang baharu ialah Tuan Hj. Rashid bin Sulaiman.
Selain itu, kata pemeri ialah boleh diikuti oleh kata yang berfungsi sebagai kata nama.
Ayat contoh :
2.    Kegemaran saya pada waktu lapang ialah membaca buku cerita.

Kata pemeri adalah hendaklah diikuti oleh kata adjektif atau kata sendi nama.
Ayat contoh:
3.    Kenyataan yang dikemukakan oleh kedua-dua orang saksi dalam kes itu adalah benar.
4.    Tarikh perkahwinan kakak saya adalah pada 7 julai 2007.
5.    Kursus ini adalah untuk guru-guru yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa inggeris.
Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh kata kerja.
Ayat contoh:
6(a). Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat itu dibatalkan.
7(a). Permohonanya adalah bergantung pada keputusan ahli majlis.

Ayat yang betul ialah:
6(b). Dimaklumkan bahawa mesyuarat itu dibatalkan.
7(b). Permohonanya adalah bergantung pada keputusan ahli majlis.